Friday, March 22, 2019

Ajarkanlah aku mencintaiMu ya Rahman

Bismillahirrahmanirrahim.

baru sebulan lebih.. masih banyak bulan dan tahun yang perlu dilalui bersama.. kita tak pernah tahu ada apa pada masa depan dan yg akan datang.. tapi Ya Rahman.. hati kecil ini sentiasa mengharapkan belas kasih-Mu untuk sentiasa membantuku melalui hidup2ku sepanjang menjadi seorang isteri dan bakal ibu.

aku selalu terjaga 4,5 pagi ya Allah.. sambil menatap wajah suami.. jadikanlah dia semakin kasih kepadaku kerana mengharapkan keredhaan-Mu.. Lindungi perhubungan ini dari tipu daya makhluk yang berniat tidak baik. Sesungguhnya aku sudah mula semakin menyayangi dia dan semakin ingin belajar mencintai dia kerana Mu.. jadikan dia seorang ayah yang baik untuk anak2nya sehingga anak2nya akan sentiasa mendoakannya sampai ke syurga. jadikan anak2ku anak yg soleh solehah ya Rabb. jadikan mereka semua penyejuk mata dan hatiku.

kdg2 aku teringin nak luah segala perkara kepada suamiku sendiri. tapi tiada yg terungkap. kdg2 mcm2 perasaan muncul, dan sering aku melawan perasaan yg tidak2. mungkin dah terbiasa bersikap manja. atau perlu dikurangkan sikap sebegini dan dikawal? ajarkan aku menjadi seorang isteri yg baik dan solehah untuknya ya Allah.. kdg2 hati ini terlalu sedih andai tidak menjadi sesuatu yg diredhai pada pandangan mata dan hati dia..

dan juga pandanganMu. berkali kucuba mendidik diri. semoga semakin dapat kukembali menjadi hamba yg Engkau cintai dan rindukan.

ya Rahman.. bantulah hamba dalam melayari bahtera perkahwinan ini. jadikan ia yg paling Engkau redhai. jadikan didalamnya penuh dgn kebahagiaan. Aku sedar.. keadaan dunia yg semakin usang.. bantulah kami mendidik anak2 kami menjadi penegak dan pejuang agamaMu. jauhkan kami dari kelekaan dan kejahilan masa lalu.

buat suami yg dikasihi sentiasa.. semoga segala kepenatanmu mencari nafkah semakin meluaskan dan memudahkan perjalananmu mendapatkan syurga Allah serta sentiasa dalam keredhaan Allah. kerana Allah, sy cintakan abg.

No comments:

Post a Comment