Friday, March 22, 2019

doaku

jika sekiranya,
satu hari nanti kasihmu berkurang,
kerana sebab yang tertentu,
semoga Allah memakbulkan doaku,
agar sentiasa menjagamu
dalam susah dan senang
dan menerima permintaanku
yang hanya ingin menjadi bidadari syurga buatmu nanti.

kerana aku ingin menjadi seorang yang setia dalam mencintai walau selepas habisnya hayatku.

jika sekiranya,
ada perkara yang tidak menyenangkan hati dan mata serta pancainderamu,
suatu hari nanti
yang tidak kuketahuan saatnya bila
semoga anak2 soleh solehah kita
akan sentiasa menyejukkan hati kita berdua
sehingga hilang pergi perasaan yg tidak2
dari mengganggu diri kita berdua
kerana kasihnya kepada anak2
sehingga menyatukan semula hati kita sampai kehujung nyawa.

jika sekiranya..
ada ujian2 yang menguji keadaan perhubungan kita..
semoga kejujuran dan kasih syg serta kepercayaan menjadi pegangan kuat kita
dan semoga sikap memaafkan serta melupakan kesalahan menjadi amalan kita
kerana janji kita awal perkahwinan hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah sepanjang menjalani kehidupan
sebagai suami isteri
dan maafkan syg, abg
untuk segala yg pernah dilakukan
moga sentiasa abg redhai

hati,
sudah lama memilihmu
agar menjadi pendamping seumur hidupku
sudah lama kujagakan diri
agar hanya abg yg syg cintai kerana Ilahi

dan byk perkara yg masih perlu dipelajari
agar kita hanya berkumpul bersama di syurga
bukan di tempat lain
agar kita sama2 sentiasa dpt perbaiki diri kita berdua
menjadi contoh yg baik buat anak soleh solehah kita.

abg
sebaik-baik cinta
ialah mencintai syurga sendiri
dan abg..
ialah syurga utama syg

andai pernah ada apa shj hal2 kecil yg terpendam dan belum dilupakan.. yg dilakukan sedar atau tak sedar..
kerana Allah, sy memohon maaf setulusnya
..
semoga abg menjadi wildan yang dikasihi sentiasa.

No comments:

Post a Comment