Tuesday, March 26, 2019

to my baby

pagi tadi rasa mcm2 nak taip dlm blog ni. sbb mcm2 perasaan muncul  tp sekarang tiba2 asyik rasa sedih, xnak wake up, malas, nak membatukan diri dan sebagainya  .. kaklong pesan, jgn ikut perasaan sgt. kesian my baby. mama tgh kram perut sgt2 syg. now mama da yakin dgn kehadiranmu syg. before this mama macam antara percaya tak percaya sbb mama macam terkejut tiba2 dah termengandung. sape yg ngandungkan mama. mcm tu la yg mama rasa. huhu. sape lagi. your daddy la.. ish2. ape la baby mama ni .. baby , jgn ikut perangai degil mama please. pening mama nak handle nnt . jd anak yg baik ye sygg. iloveyousomuch  even baby mama baru minggu ketujuh .. tp mama doakan baby sihat membesar dgn baik. mama minta maaf sbb mama baru nak jaga diri mama even menggunung rasa malas melanda  mama pun xtau dr mana malas ni dtg. mama kan rajin orgnya. kihkih.


syg.. mama always doa.. Allah jagakan syg untuk mama papa. pape yg syg rasa gtw je mama kay. bisik kt mama. tauu.. take care.. mama nak mandi.. japgi papa balik terkejut tgok mama bucuk2 .. cian papa.. penat papa cari nafkah utk kita. your papa is so good tau. doakan papa murah rezeki ya syg.. night syg.. mama gerak duluu

Friday, March 22, 2019

sesaat berdoa






sesaat dua
kupejamkan mata
dan mengharapkan kekuatan
dalam menjadi yang sebaiknya
untuk diriku sendiri
melawan rasa takut
membuang rasa marah dan seolah ingin kalah
mengingatkan semula mimpi dan impi
yang pernah kucipta puluhan tahun lalu
dan meraikan kejayaan bersama tapak syurgaku serta penyejuk mata hatiku

Tuhanku,
sukarnya melawan diri
agar terus ingin bangkit
dan menjadi seorang yg berbakti
kepada keluarga, dan agama
sedangkan usia semakin berlalu
semakin tua namun jangan sikit amalanku
belum kutambah tambah
agar
sehingga membuahkan rasa cinta pada matanya dan mataMu

impianku menguasai kefahaman dalam Quran bersama sama suamiku.
menjalani hidup hanya berpaksikan redha Mu
menjadi yang berbakti dan terbaik demi keluargaku dan agamaku

makbulkanlah ya Rahman.

doaku

jika sekiranya,
satu hari nanti kasihmu berkurang,
kerana sebab yang tertentu,
semoga Allah memakbulkan doaku,
agar sentiasa menjagamu
dalam susah dan senang
dan menerima permintaanku
yang hanya ingin menjadi bidadari syurga buatmu nanti.

kerana aku ingin menjadi seorang yang setia dalam mencintai walau selepas habisnya hayatku.

jika sekiranya,
ada perkara yang tidak menyenangkan hati dan mata serta pancainderamu,
suatu hari nanti
yang tidak kuketahuan saatnya bila
semoga anak2 soleh solehah kita
akan sentiasa menyejukkan hati kita berdua
sehingga hilang pergi perasaan yg tidak2
dari mengganggu diri kita berdua
kerana kasihnya kepada anak2
sehingga menyatukan semula hati kita sampai kehujung nyawa.

jika sekiranya..
ada ujian2 yang menguji keadaan perhubungan kita..
semoga kejujuran dan kasih syg serta kepercayaan menjadi pegangan kuat kita
dan semoga sikap memaafkan serta melupakan kesalahan menjadi amalan kita
kerana janji kita awal perkahwinan hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah sepanjang menjalani kehidupan
sebagai suami isteri
dan maafkan syg, abg
untuk segala yg pernah dilakukan
moga sentiasa abg redhai

hati,
sudah lama memilihmu
agar menjadi pendamping seumur hidupku
sudah lama kujagakan diri
agar hanya abg yg syg cintai kerana Ilahi

dan byk perkara yg masih perlu dipelajari
agar kita hanya berkumpul bersama di syurga
bukan di tempat lain
agar kita sama2 sentiasa dpt perbaiki diri kita berdua
menjadi contoh yg baik buat anak soleh solehah kita.

abg
sebaik-baik cinta
ialah mencintai syurga sendiri
dan abg..
ialah syurga utama syg

andai pernah ada apa shj hal2 kecil yg terpendam dan belum dilupakan.. yg dilakukan sedar atau tak sedar..
kerana Allah, sy memohon maaf setulusnya
..
semoga abg menjadi wildan yang dikasihi sentiasa.

Ajarkanlah aku mencintaiMu ya Rahman

Bismillahirrahmanirrahim.

baru sebulan lebih.. masih banyak bulan dan tahun yang perlu dilalui bersama.. kita tak pernah tahu ada apa pada masa depan dan yg akan datang.. tapi Ya Rahman.. hati kecil ini sentiasa mengharapkan belas kasih-Mu untuk sentiasa membantuku melalui hidup2ku sepanjang menjadi seorang isteri dan bakal ibu.

aku selalu terjaga 4,5 pagi ya Allah.. sambil menatap wajah suami.. jadikanlah dia semakin kasih kepadaku kerana mengharapkan keredhaan-Mu.. Lindungi perhubungan ini dari tipu daya makhluk yang berniat tidak baik. Sesungguhnya aku sudah mula semakin menyayangi dia dan semakin ingin belajar mencintai dia kerana Mu.. jadikan dia seorang ayah yang baik untuk anak2nya sehingga anak2nya akan sentiasa mendoakannya sampai ke syurga. jadikan anak2ku anak yg soleh solehah ya Rabb. jadikan mereka semua penyejuk mata dan hatiku.

kdg2 aku teringin nak luah segala perkara kepada suamiku sendiri. tapi tiada yg terungkap. kdg2 mcm2 perasaan muncul, dan sering aku melawan perasaan yg tidak2. mungkin dah terbiasa bersikap manja. atau perlu dikurangkan sikap sebegini dan dikawal? ajarkan aku menjadi seorang isteri yg baik dan solehah untuknya ya Allah.. kdg2 hati ini terlalu sedih andai tidak menjadi sesuatu yg diredhai pada pandangan mata dan hati dia..

dan juga pandanganMu. berkali kucuba mendidik diri. semoga semakin dapat kukembali menjadi hamba yg Engkau cintai dan rindukan.

ya Rahman.. bantulah hamba dalam melayari bahtera perkahwinan ini. jadikan ia yg paling Engkau redhai. jadikan didalamnya penuh dgn kebahagiaan. Aku sedar.. keadaan dunia yg semakin usang.. bantulah kami mendidik anak2 kami menjadi penegak dan pejuang agamaMu. jauhkan kami dari kelekaan dan kejahilan masa lalu.

buat suami yg dikasihi sentiasa.. semoga segala kepenatanmu mencari nafkah semakin meluaskan dan memudahkan perjalananmu mendapatkan syurga Allah serta sentiasa dalam keredhaan Allah. kerana Allah, sy cintakan abg.

Tuesday, March 12, 2019

apa dayaku

apa dayaku
tulisanku kering
tak seperti selalunya
ideaku mati
tak seperti selalunya

apa dayaku
makin kubaca makin ku hampa
terasa kepapaanku
melalui apa tulisku

apa dayaku
jiwaku semakin tak kukuh
jati yang semakin kabur
hingga teraba raba
ku sendiri

dan tersentuh
zikir kayu ayah
hingga membasah mataku
kembali semula dalam hakikat fitrah