Tuesday, December 10, 2019

heart

nurkheyra nafeesa.. mama suka sgt nama ni.. papa yg pilih.. alhamdulillah.. dah sebulan lebih dah anak mama.. mama ingat mama akan menulis sepanjang mama mengandungkan syg.. tp entah mana pergi semangat dan mood mama utk menulis.. tp.. setelah berbulan-bulan mama berhenti menulis.. tiba-tiba mama mulakan semula.. semuanya lepas kwn mama whatsapp mama.. minta tlg tgokkan puisi dia.. lama sgt mama tak tulis puisi syg..

mama rasa release sgt perasaan gundah gulana mama.. rasa mcm terbang kejap rasa sedih mama.. and words yg tergantung cuma kt kerongkong mama ni.. at one time, boleh lepaskan mcm tu je dlm puisi.. mama rasa amaze..

so now.. mama rasa mama nk jee tulis byk2.. walaupun bila mama baca balik tulisan mama , mama rasa annoyed 😂

kheyra, mama nak ucapkan terima kasih .. sebab tanpa kheyra sedar.. byk doa2 mama, Allah makbulkan sepanjang kheyra dalam perut.. byk cerita2 gembira sampaikan bila kheyra da dilahirkan, mama terdetik fikir.. boleh ke mama nak tumpang doa kheyra lg..

sepanjang mama mengandungkan kheyra, mama lebih banyak gembira berbanding sedih.. mungkin sebab tu kheyra mudah sgt tersenyum dan ketawa walaupun baru beberapa hari dilahirkan.. papa asyik buat mama terhibur dan gembira je, syg.. even mama dah dekat wad shah alam, papa sentiasa tunjukkan yg papa ada dgn mama..dlm diam.. mama rasa bersyukur sgt sbb Allah hadiahkan suami mcm papa utk mama..

kheyra yg mama syg.. hari demi hari sepanjang mama berpantang kt rumah opah.. mama cuba sedaya upaya mama utk jd ibu yg penyayang dan baik buat kheyra.. skg mama dpt rasakan tautan hati tu.. mama sedar awal2 betapa newbienya mama dlm menjaga kheyra.. mama tak reti.. byk benda mama asyik rasa terkilan.. tp mama syukur sgt.. opah byk nasihatkan mama.. papa byk nasihatkan mama.. mama rasa makin jauh sgt dr Allah, syg.. tp sedikit demi sedikit, byk perkara yg buatkan mama rasa mama kembali mendekat..

kheyra.. jd anak yg solehah ya syg.. dunia ni dah terlalu tua untuk kita menjadi seorang yg leka.. kdg2 mama rasa mcm usia mama da xlama.. tp mama nak kita semua sama2 masuk syurga.. ngn papa, kheyra dan semua yg mama syg..

No comments:

Post a Comment