Friday, October 5, 2018

fasa baru untuk aiesyy

Setelah sekian lama tak menulis, akhirnya dapat juga memulakan semula langkah. paling bahagia apabila kali ini bukan kerana apa-apa dan siapa-siapa. ikhlas? haha. benar, demi mendidik diriku semula agar boleh menulis dengan sedikit baik.

hari ini, aku semakin sedar bahawa diri semakin dapat menerima segala yang telah berlaku. semakin redha semakin tenang dan semakin tersenyum riang, githeww. dan sedikit aku nak tambah, semakin senang.

pada surah waqiah, yang aku cinta-cintakan, banyak mendidik aku tentang lebih berjiwa positif. betul teguran kawan dan mama, aku lebih negatif berbanding positif. dan sekarang, positif itu terhasil selepas kita semakin mengenal erti redha.

dan sedikit demi sedikit, bertemankan jiwa yang semakin terasa lembut dan sedang bergerak perlahan menuju keredhaan Tuhan, aku terasa syahdu hari demi hari.. banyak rupanya yang berlaku dalam sikap sedarku.. banyak yang semakin mendatang dalam keadaan aku berpijak bukan di dunia khayalku lagi. Allah tahu besar peperangan ku yang sebelum dan sehingga kini aku masih memeranginya sifat dan sikap buruk malas berlengah serta sebagainya.

shahrul.. lelaki ini.. makin lama aku cuba jauhi.. makin dia mendekat.. baruku sedar.. sikap kerasku terhadap lelaki, sinisku tiada saat aku bersama dia.. meski kekurangannya juga aku tampak, dia mendidik aku untuk belajar menerima.. dia menerima aku sesungguhnya, lalu mengapa aku tidak belajar untuk menerimanya juga. itu bisik hatiku.

shahrul.. entah bagaimana cara Tuhan menyatukan kami.. tahu-tahu sudah terikat .. tahu-tahu sudah terpikat.. segala yang pernah aku senaraikan sebelum mengenali lelaki ini seolah sedang melahirkan dia.. lelaki yang sentiasa berusaha mencintai dan memperbaiki dirinya sendiri serta ahli keluarganya.. sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah..

bagaimana aku yakin dia untukku ialah melalui jawapan hatiku.. sujudku serta air mata yang mengalir kerna pernah keliru dan ragu.. namun sering terbujuk oleh kalimat yang menenangkan.. yang mengingatkan aku kepada Allah.. inshaAllah, dia ditakdirkan untukku, menjadi suami dan bakal ayah untuk anak-anak yang akan lahir dari rahimku..

oleh itu Tuhanku, aku memohon dengan penuh rasa rendah, izinkan aku menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anakku dan jadikan dia suami yang terbaik untukku serta ayah yang terbaik untuk anak-anak kami..

terimalah doa ini.. ameen..

No comments:

Post a Comment