Terbang pulang
Mata silau terpejam
Serasa perit
Ditikam cahaya yang menerjah
Hati pun turut rasa sama
Kombinasi yang sekian lama tak terkait
Hari ini mata dan hati
Berdenyut kembali
Tiada tanda mahu berhenti
Melautkan zikir yang dahulu kikir
Menundukkan jasad yang dahulu mugkir
Habuk kusapu asyik
Usang tidak tersentuhkan
Semacam tua dari usia
Bibir kumat-kamit lama
Menggumpalkan sesal
Menghentikan fikir
Mengharapkan Dia pandang
Aku benar-benar ingin
Terbang pulang
Kembali semula
Ke tempat asalnya datang.